Selangorlicious EatOut to Restaurant Jamal Mohamed

Restaurant Jamal Mohamed

Haaa kali neh gua nak cerita pasal jalan-jalan cari makan pulak. Tourism Selangor menganjurkan satu event makan selangorlicious di restaurant Jamal Mohamed. Neh 1st time gua join event dengan tourism Selangor. Gua nak cerita sikit pasal Selangorlicious. Selangorlicious ini adalah kempen bagi kenal pasti dan mempopularkan makanan-makanan yang sedap didalam Selangor.  Event yang gua join neh adalah Selangorlicious EatOut dimana tourism Selangor organized outing untuk blogger-blogger mencuba makanan-makanan yg lazat berkrim. Untuk lebih lanjut tentang Selangorlicious, sila layari www.selangorlicious.my.

Kiosk-kiosk di Restaurant Jamal Mohamed

First of all, restaurant Jamal Mohamed terletak di ss5, Kelana Jaya. Pukul 9 pagi gua dah terpacak di restaurant. Sampai je di restaurant, gua dah teruja tengok kiosk-kiosk kedai makan. Dari luar gua nampak macam foodcourt, tapi semua kiosk-kiosk kedai dibawah naungan restaurant Jamal Mohamed. Dalam restaurant ada lima kiosk. Yang  pertama Penang fried kuey teow, tahu bakar dan rojak, yang ketiga yong tau foo, yang keempat nasi ayam wantan mee, yg kelima nasi lemak kangkung, kiosk minuman dan mamak. Event hari tuh gua makan konsep eat all you can. Dengan perut gua da berbunyi macam tabla, gua dengan selamber nya pergi order wantan mee. Ini rupa sebenar wantan mee yang gua order.

Kiosk Wantan Mee

Wantan Mee

Ayam Wantan Mee

Gua suap jee wantan mee gua dapat kombinasi nya almost perfect. Masuk je dalam mulut, kicap nya tidak terlalu masin dan tidak terlalu manis, mee nya tidak keras dan tidak lembut sangat (orang cina cakap ngam-ngam soi ), taugeh nya segar bugar, yang paling special nya wantan mee neh ayam dier. Cara ayam nya diperap terasa membuatkan bahan-bahan perap terasa sampai ke dalam isi ayam bila gua makan. Gua rasa kalau dier serve dalam mangkuk, wantan mee akan jadi lagi pelengkap, sebab wantan mee memerlukan kombinasi sup dan kicap. Wallaweyy memang superb wantan mee nya.

Next gua order tauhu bakar dan rojak. Review gua untuk tuahu bakar pula sungguh lazat berkrim kerna tauhu dier garing, sayur nya fresh dan kuah nya sedap. Tauhu bakar served satu pinggan ada tiga tahu berhargakan rm4.50. Rojak pula menggunakan kuah yang sama dan ditaburkan dengan kacang. Memang superb la tauhu bakar and rojak dier.

Bakar atas piring Tauhu Bakar

Tauhu Bakar

Rojak

 

Dengan perut gua ada kekosongan lagi, gua order penang fried kuay teow. Dari segi fizikal nampak tak mengiurkan tapi tapi tapi masuk dalam mulut memang sedap, habis gak fried penang kuay teow gua. So don’t judge the book by its cover. Kan dah speaking london. Haaa chee cheong fun pon menarik gaks. Dier punya rasa sedap, kuah dier manis and pedas sikit. Chee cheong fun adalah simple breakfast menu. Kalau terasa nk lebih tambah yong tau fu beraneka macam. Senang cite datang la sini rasa. Marvellous!!!

Kiosk Penang Fried Kuay Teow

Chef Penang Fried Kuay Teow

Penang Fried Kuay Teow

Chee Cheong Fun

 

 

Yang terakhir sekali gua order, yang dinanti-nantikan dan saat mendebarkan jantung adalah nasi lemak kangkung. Nak tahu apa sedap nya sampai orang sanggup beratur dan pelanggan tak putus-putus. Nasi lemak kangkung tuh memang lain daripada yang lain. Nasi lemak nya dimasak secara pure kukus, daripada beras hinggalah jadi nasi. Nasi lemak ada pelbagai lauk-pauk seperti sotong, ayam sambal, rendang, telur dan lain-lain. Percaya tak kalau gua cakap, sehari nasi lemak yang disediakan sebanyak 13kg bagi hari bekerja manakala 18kg untuk cuti awam. Kalau nk tahu sedap atau tak,datang lah ke kedai nasi lemak kangkung. Tapi jangan lupa halo-halo gua.

Kiosk Nasi Lemak Kangkung

Nasi Lemak Kukus Kangkung

Nasi Lemak Kangkung lauk Sotong

Lily menikmati Nasi Lemak Kangkung

Fuhhh!!perghhh!!wallawey!!gua rasa memang berbaloi-baloi bangun awal pagi dihari sabtu pulak tuh, semata-mata nak breakfast di Restaurant Jamal Mohamed. Akhir kata,gua mengucapkan jutaan, ribuan dan ratusan terima kasih kepadaTtourism Selangor. Majulah makan untuk Selangorlicious.

Selangorlicious

Selangorlicious EatOut di Restaurant Jamal Mohamed

Advertisements

Tioman Island

Permandangan Pulau Tioman dari Kampung genting

Assalamualaikum and good day, Untuk post pertama ni, gua nak cerita sikit pasal pengalaman gua pergi diving di Pulau Tioman yang tak dirancang. Gua buat diving kat Tioman ni lepas gua dapat diving licence yang gua buat kat Pulau Perhentian. Kira ni first time ever lah pergi dive kat Pulau Tioman. Nak jadikan cerita, awal-awal lagi gua kena kidnap dengan member-member gua lepas balik daripada Bukit Broga. Sedar-sedar gua dah dalam kereta on the way ke Pulau Tioman. Gua sampai jeti Mersing dalam pukul 4 pagi dan gua tidur dalam keta sementara nak menunggu feri pertama pukul 6 pagi.

Jeti Mersing, Johor

Feri ambil masa 2 jam untuk sampai ke kampung genting. Sampai je kampung genting terus gua check in resort. Gua dengan tak sabar nak diving terus prepare equipment dan terus pergi ke dive center. Selepas bincang budget dan tempat dive, dive master decide nak bawa gua pergi Grand Canyon and Batu Malang. Selepas bincang gua terus proceed naik boat bersama member gua dan group diver dari melaka.

Kampung Genting

Damai Resort Tioman

Dive Centre

Lokasi pertama Batu Malang ambil masa selama 40 minit daripada kampung kuantan. Gua dengan laju nya terus pakai equipment dan terus dive. Gua terasa excited sebab 1st time dive kt pulau tioman. Kalau nak dibanding dengan pulau perhentian, coral kat sini lagi cantik dari saner. Memandangkan hari gua pergi tuh hari kemerdekaan, gua dengan bangga nya kibar bendera malaysia semasa diving. Yang jadi kelakar nya kibar bendara terbalik. Antara hidupan laut yang sangat mengujakan gua adalah obor-obor. Obor-obor sebesar anak gajah. Gua tak berani nak datang dekat,silap-silap gua kena kejutkan elektrik. Kedalaman Batu Malang yg gua dive 22 meters.

Hidupan dalam laut

Obor-Obor

Hidupan dalam laut

Kibar Jalur Gemilang ( terbalik )

Hidupan dalam laut

Setelah 45 minit gua dive kat Batu Malang,gua kena tunggu atas boat selama 45 minit atau sejam untuk next dive a.k.a live on board. Sementara menunggu next dive, ombak kuat sampai boat terumbang-ambing, sampai gua pening kepala nyaris nak muntah. Dengan kemachoan gua, gua berjaya menahan dari muntah, kalau tak gua kena bahan 5 tahun berturut-turut. Salah sorang dari group diver Melaka dengan jayanya bagi makanan ikan a.k.a muntah.

L.O.B a.k.a Live on Board

Lokasi kedua gua dive adalah Grand Canyon. Kedalaman Grand Canyon adalah 15 meters.  Yang best nya Grand Canyon neh, gua siap jumpa penyu, sotong kembang, nudis and etc. Gua ingat kucing je yang manja, sekali gua siap berenang dengan penyu. Gua jumpa nudis species lain-lain. Kali neh dengan jaya nya kami kibar bendara Malaysia dengan betul

Penyu

A Little Nemo

Nudis a.k.a Pikachu

Kibar Jalur Gemilang 2

Nudis 2 a.k.a Pikacu

Hidupan dalam laut

Dari segi costing di Pulau Tioman neh, takde lah mahal sangat. Chalet untuk satu malam anggaran dalam 90 myr ( bergantung pada budget masing-masing ). Dari segi makanan, harga makanan dier, takde la mahal mane pon standard harga bandar. Untuk diving pula,sekali dive 75 myr, bergantung kepada kita nak berapa kali kita nak dive.  Feri pula dari jeti mersing pergi dan balik adalah 80 myr.

Neh la gua 😉